Sekolah Negarawan 2.0
Assalamualaikum wbt.
Ni baru pertama kali join program di bawah anjuran Akademi Unit Pertokohan Belia (SHIELD), iaitu Sekolah Negarawan. Tajuknya pada kali ini adalah "Perlembagaan Persekutuan".
Pertama-tama kalinya, sangat bersyukur sebab dapat sertai program berilmiah sebegini setelah berkurun berperang dalam hati dengan geng "keyboard warrior".
Nak tahu tak kenapa kita sebagai rakyat biasa atau 'marhaen' wajib sertai jika ada masa terluang?
Sebab kita adalah rakyat Malaysia yang hidup di bawah 'Perlembagaan Malaysia' atau erti kata lain di bawah undang-undang. Bagi saya, kita kena tahu mengenai negara sendiri kerana kita takkan hilang maruah jika tahu malah jika tidak itu yang jadi masalah.
Sebenarnya, saya sangat merasa malu jika rakyat negara lain atau negara luar bertanya mengenai Malaysia. Saya tak tahu nak jawab apa selain tempat pelancongan yang cantik dan makanan yang sangat menggiurkan dengan harga yang sangat murah. Kebanyakan rakyat negara luar mampu bercerita mengenai negara mereka kerana memang mereka menjiwai dan belajar ketika dari kecil, tidak kisahlah jika ianya hanya saja subjek yang wajib dihafal di zaman persekolahan. Mungkin cara pengolahan dan penerangan yang disampaikan membuatkan para pelajar merasakan ianya sangat penting untuk dipelajari dan diajari kepada golongan seterusnya. Wallahu'alam.
Berbalik kepada tajuk utama iaitu 'Perlembagaan Persekutuan'.
Beberapa point penting untuk diketahui secara umum ialah status Islam dalam Perlembagaan Malaysia. Jika kita mencintai negara ianya bukanlah kerana dasar undang-undang yang telah digubal sebelumnya, alangkah romantisnya kita terhadap negara. Maka bertambah taat setialah kepada kebenaran yang sebenar-benarnya. Tetapi bagaimana cara?
Jika ada perkara yang tidak selari dengan landasan Islam, lantas kita sebagai rakyat haruslah berjuang untuk kebenaran tersebut. Bukanlah terus hidup dalam ketakutan dan tidak mahu terlibat dalam era yang sangat 'hectic' ini. Ya saya tahu, setiap orang punyai cabaran tertentu, tetapi janganlah menjadikan ia sebagai penghalang perjuangan menuntut perkara yang betul.
Dan jika kita masih berstatus warganegara Malaysia, wajarlah kita untuk mengenal pasti cabaran-cabaran yang sedang dihadapi negara pada masa kini. Tidak lupa juga untuk kita mengenali dan terus menghayati Islam sebagai perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan.
Saya ingin mengajukan satu soalan sebelum kita pergi lebih jauh lagi.
Anda faham maksud Sekolah Negarawan?
Negarawan : Seseorang yang akan menerima apa saja kebaikan yang dilakukan oleh pihak pembangkang dan akan menolak apa saja bentuk ketidaktulusan atau keburukan hatta ianya dari pihak sebaliknya. #setiadengankebenaran mungkin itulah hashtag yang sesuai digunakan.
Tujuan kita menyekolahkan semula para lepasan sekolah adalah sejajar dengan tuntutan untuk kita mengetahui kebenaran dengan lebih yakin dan jelas kesahihannya sekadar apa yang aqal mampu menterjemah. Selebihnya adalah milik Allah dan kita berserah hanya setelah berusaha dan bertawakal serta berdoa.
Baiklah, Perlembagaan Persekutuan 1957 adalah satu dokumen umum yang mempunyai 183 perkara atau seksyen di mana ia terbahagi kepada 13 jadual yang tertulis undang-undang asas yang tertinggi di dalam sesebuah negara.
Apakah asas yang telah membentuk Perlembagaan Persekutuan 1957?
1. Kedudukan Raja-raja Melayu
2. Kedudukan istimewa orang-orang Melayu
3.Kerakyatan jus soli
4. Islam sebagai agama Persekutuan
5. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Kelima-lima dia atas adalah satu kontrak sosial yang telah dipersetujui sejak awal lagi.
Tetapi, apakah yang sedang berlaku kepada negara kita? Siapa dapat jawab saya bagi cokelat sebiji!

Comments
Post a Comment